Wednesday, 6 July 2011

NOTA Pendawaian Permukaan

Pemasangan Elektrik 1 Fasa – Pendawaian Permukaan

Kandungan Unit
1.        Aksesori Pendawaian
2.        Kabel
3.        Litar Akhir
4.        Sistem Pendawaian
5.        Pengujian Pemasangan


1.        Aksesori  Pendawaian

1.1    Aksesori Kawalan  Pembekal
Aksesori kawalan pembekal adalah termasuk di dalam litar jujukan utama.  Ianya bermula dari fius perkhidmatan perangkai neutral dan meter kwj.  Aksesori ini adalah hak milik pembekal tenaga elektrik (TNB).  Pengguna tidak boleh melakukan sebarang, percubaan, tentukan dan penyambungan luar.


1.2       Aksesori Kawalan Pengguna
Ianya bermula selepas meter KWj dan terus ke aksesori berikut:
Ø  Pengasing/pencil                           -Suis fius atau MCCB/NFB
Ø  Pemutus Litar Bocor ke bumi      -kendalian arus baki
Ø  Kotak Agihan                                 -fius aksesori pemutus litar minature

1.2.1   Litar Pendawaian Jujukan Kawalan Pengguna

Peraturan IEE Litar Kawalan Pengguna
Mengikut keperluan IEE setiap litar kawalan/jujukan pengguna mestilah mengadakan:
  • Pengasingan dan Perlindungan arus lebihan dan pengasingan mestilah dipasang pada tempat yang mudah dicapai/dikendalikan.
  • Pengasingan mestilah dilakukan dengan memutuskan kedua-dua punca hidup dan neutral.
  • Alat perlindungan mestilah berkadaran yang betul dan berfungsi.
 
1.            Kabel
1.1       Kabel
Kabel merupakan bahan utama dalam penyambungan aksesori elektrik.  Ia bertindak sebagai perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik.  Secara amnya, kabel pendawaian domestik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengalir, penebat dan perlindungan mekanikal.
2.2      Pengalir
Pengalir ialah satu bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.  Sebahagian besar terdiri daripada logam.  Pengalir yang baik dapat mengalirkan arus dengan baik.
 
 
Bahan
Sifat-sifat
Kegunaan
1.  Emas
·   Harga yang mahal
·   Tahan hakisan
·   Merupakan pengalir yang terbaik
·   Litar bersepadu (tambatan)
·   Penyentuh suis
2.  Tembaga
·      Pengalir kedua terbaik
·      Boleh didapati dalam bentuk  lembut dan keras
·      Mempunyai kerintangan yang rendah
·      Liat dan mudah dilentur, mudah dipateri
·      Semua kabel pendawaian dan palang bas belitan motor
·      Pengalir belitan auto pengubah
3.  Aluminium
·      Ringan
·       Murah
·      Talian atas
·      Kabel bawah tanah
4.  Tungsten
·      Mudah mengahailsan kepanasan
·      Sukar lebur
·      Tahap lebur yang tinggi
·      Filamen lampu atau tiub elektronik
5.  Nikel
·      Bersifat keras
·      Liat
·      Tidak mudah haus atau lebur
·         Elemen pemanas alat-alat elektrik seperti seterika, pemanas air, dapur pemateri dan sebagainya.


2.3      Penebat
Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Penebat digunakan sebagai pembalut pengalir untuk mencegah arus  keluar daripada pengalir itu.
 
Jenis Penebat
Ciri Fizikal
Kegunaan
1. Getah asli/Sintetik
·   Mempunyai daya tebatan yang baik
·   Bersifat kalis air, mudah lentur dan dibentuk
·   Mudah cair apabila terkena cahaya matahari
·   Penyalut pengalir
·   Sesendal
·   Kasut keselamatan
2.  Polivil Klorida
·   Merupakan bahan tiruan campuran antara plastik dan getah
·   Tahan tindakan kimia dan sinaran cahaya matahari, tidak mudah terbakar dan kalis air
·      Penebat kabel di tempat yang suhunya 0 – 700C
3.  Bakelit
·   Mempunyai rintangan yang tinggi
·   Tahan lama
·      Digunakan sebagai bahan alat tambah pemasangan elektrik seperti suis, soket alur keluar palam dan sebagainya.
4.  Kertas
·   Kalis air
·       Penebat pengalir   bawah tanah
 
2.4         Jenis-jenis Perlindungan Mekanikal
Perlindungan mekanikal adalah cara bagaimana kabel tersebut dilindungi dari kerosakan mekanikal.  Ianya boleh diperolehi sama ada melalui sistem pendawaian atau binaan kabel tersebut.
 
Sistem Pendawaian
Bahan Perlindungan
Pembuluh PVK
PVK
Pembuluh Logam
Logam
Sesalur PVK
PVK
Sesalur Logam
Logam
Binaan Kabel
Bahan Perlindungan
Kabel Perisai (SWA)
Jalur dawai Keluli
Kabel Lapisan Plumbum
Lapisan plumbum
Kabel Salutan Kuprum /MICC
Salutan  Kuprum

 
2.4         Pemilihan dan Pemasangan Kabel
Asasnya satu kabel elektrik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu penebat, pengalir dan perlindungan mekanikal. Selain daripada bahan penebat yang digunakan ciri-ciri seperti pengalir dan perlindungan mekanikal merupakan faktor utama dalam menentukan pemilihan dan pemasangan kabel.
 
3.            Litar Akhir

3.1      Litar Akhir Lampu
Ø  Peraturan  IEE  telah  menetapkan  bahawa  bagi  satu  litar  yang  dikawal  oleh  satu  alat  pelindung  mestilah  tidak  melebihi  1000 Watt. Pada  amnya  satu  lampu  berkadar  100 Watt  setiap  satu  dengan  litar  lampu  tidak  melebihi  10 poin.
Ø  Kabel  yang  digunakan  ialah  kabel  jenis  kuprum  bersalut  PVK.
Ø  Saiz  minima  kabel  yang  digunakan  mestilah  tidak  kurang  1.5mm2.
Ø Kadaran  alat  pelindung  yang  digunakan  mestilah  tidak  melebihi  6Amp. ( sama  ada  fius  atau  MCB )
Ø Pemasangan  litar  lampu   menggunakan  lebih  dari  satu  litar  akhir kerana  sekiranya  salah  satu  litar  mengalami  kerosakan  litar  ianya tidak menggangu litar yang lain.
Ø Bagi  pemasangan  lampu  dalam  industri  biasanya  kuasa  sesebuah  lampu  mungkin  berbeza, contohnya  300 Watt, 500 Watt  atau  1000 Watt, dengan  itu  litar  ini  boleh  dikawal  oleh  fius  berkadar  15 Amp.  dan  saiz  kabel  yang  digunakan  mestilah  tidak  kurang  dari  2.5mm2 .
 
3.2         LITAR AKHIR KUASA

3.2.1     Litar  Soket  Alir  Keluar  ( BS 1363 )
Litar  Soket  Alir  Keluar  BS 1363  terdiri  daripada  dua  jenis  litar    iaitu :
a ) Litar  Jejari
b ) Litar  Gelang

a)    Litar  Jejari
Ø  Peraturan  IEE  ke 16 menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung kepada keluasan lantai bilik   saiz pengalir dan kadaran perlindungan.
Ø  Litar  ini  mestilah  dikawal  oleh  alat  pelindungan  sama  ada  fius  atau  MCB.
Ø  Kabel  yang  digunakan  ialah  kabel  jenis  tembaga  bersalut  PVC  dan  saiz  kabel mestilah tidak kurang  daripada  2.5mm2.

b)    Litar  Gelang Jenis A1
Ø Peraturan  IEE  telah  menetapkan  Litar  Gelang  hanya  boleh  di pasang  pada  kawasan  yang  tidak      melebihi  100  meter  persegi.
Ø Jumlah  bilangan  soket  yang  boleh  di pasang  pada  satu  Litar  Gelang  tidak  terhad.
Ø Walau  bagaimanapun  jumlah  arus  yang  digunakan  mestilah  tidak  melebihi  kadaran  arus  fius        yang  mengawal  litar  berkenaan.
Ø Jumlah  'spur'  atau  sulur  bagi  satu  Litar  Gelang  tidak melebehi bilangan soket.
Ø Kadaran  alat  perlindungan  arus  lebih  ialah  30 Amp. / 32 Amp.
Ø Saiz  kabel  yang  digunakan  mestilah  tidak  kurang  daripada  2.5mm2.
Ø Konduktor  litar  membentuk  suatu  gelang  berterusan  bermula  dari  punca  bekalan  ( litar  akhir )      ke  beberapa  poin  soket  alir  keluar  dan  balik  semula  ke  punca  bekalan.
Ø  'Spur'  boleh  disambung  pada :
            a ) terminal  soket  dalam  litar
            b ) menggunakan  kotak  sambungan  diantara  poin  soket.
            c ) di tempat  asal  gelang  itu.
 
3.2 Litar akhir Khas
Ø  Terdapat juga litar yang dipasang secara berasingan dalam litar akhir lampu dan kuasa disebabkan pengunaan arus yang rendah dan perlu
Ø  Pengiraan arus beban beban ini tidak termasuk dalam jadual peraturan Faktor Pelbagaian
Ø  Tiga jenis litar yang perlu pengasingan ialah :
i.          Litar loceng dan Penggera elektrik
ii.         Litar lampu kecemasan
iii         Litar soket pencukur
i.         Litar Lampu Kecemasan
Ø  Litar lampu kecemasan biasanya tidak mempunyai suis kawalan
Ø Bekalan biasa digunakan untok mengecas bateri lampu secara automatik apabila dalam keadaan normal
Ø Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan dilindongi oleh pemutus litar  6Amp
Ø Biasanya di katogerikan kepada jenis Senggara dan Tak senggara
Ø Dalam system senggara lampu kecemasan akan sentiasa dihidupkan melalui pengubah langkah turun dan jika berlaku kegagalan bekalan ianya akan terus menyala melalui bekalan bateri
Ø Dalam system Tak senggara pula lampu kecemasan akan hanya    menyala apabila berlaku kegagalan bekalan utama

ii.  Litar Pencukur
Ø  Satu litar yang di pasang didalam bilik air bagi kemudahan alat pencukur
Ø  Menggunakan unit pencukur dwi voltan
Ø  Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm dan kadar alat perlindongan ialah 6 amp
4.            SISTEM PENDAWAIAN

4.1      SISTEM PENDAWAIAN PEMUKAAN DAN TERSEMBUNYI
Ø  Satu  sistem  pendawaian  yang  dipasang  dipermukaan  yang  mana  kabel  pendawaian  tersebut   diklip  terus  ke dinding  atau  siling  bangunan.
Ø  Menggunakan  kabel  tembaga  bersalut  PVK  dua  lapisan ( PVK / PVK ).
Ø  Klip  timah  digunakan  bagi  mencengkam  kabel-kabel  yang  disusun  pada  permukaan  dinding  atau  siling.
Ø  Ketika  kerja-kerja  menyusun  kabel-kabel  pada  permukaan  dinding  atau  siling  dilakukan langkah keselamatan mestilah diambil bagi mengelakkan kabel tercedera

Proses  Pendawaian  Permukaan
  1. Sistem  ini  tidak  berapa popular lagi  digunakan  pada  masa  kini.
  2. Kabel-kabel   pendawaian  akan  diklipkan terus pada  permukaan  dinding   atau  siling.
  3. Ia  disusun  mengikut  jumlah  dan  saiz  kabel  yang  hendak  dipasang.
  4. Kerja-kerja  pendawaian  ini  biasanya bermula  dari  poin-poin akhir dan  tamat  di kotak  agihan.
  5.  Jenis  kabel  yang  digunakan  ialah  kebel  tembaga  bersalut  PVK  dua  lapisan ( PVK / PVK )
 
Amalan  Semasa  Mendawai  Pendawaian  Permukaan
Antara  pekara  yang  dilakukan  bagi  memudahkan  kerja-kerja  mendawai  dan menjaga  standard  pendawaian  adalah  seperti  berikut :
  1. Satu  saluran  mestilah  diadakan  terlebih  dahulu  bagi  pendawaian  yang  menembusi  dinding.
  2. Pastikan bilangan  kabel  yang  dipasang   tidak  melebihi  12  kabel  bagi  satu  larian.   jumlah  kabel  yang  banyak  boleh  mengurangkan  cengkaman  pencengkam.
  3. Rancangkan  laluan  kabel  terlebih  dahulu  supaya  tidak  berlaku  tindihan. Jika    tidak  dapat  dielakkan  lapik  dengan  sebarang  penebat  di antara  laluan  kabel  itu.
  4. Pastikan di bahagian  hujung  kabel ditandakan bagi  memudahkan  kerja-kerja  tamatan.
  5. Elakkan  dari  terkena  tindihan  beluti  semasa  memasang  kabel  di atas  siling.
  6.  Semasa  memasang  pencengkam pastikan kabel tidak cedera.

    Kelebihan  dan  kekurangan  pendawaian  permukaan
    Kelebihan
      *  Kemas
      *  Kos  murah
      *  Kerosakan  mudah  di kesan
      *  Penambahan  tidak  melibatkan  keseluruhan  pendawaian

    Kekurangan:
      *  Terdedah kepada  perlindungan  mekanikal
      *  Tidak  tahan  lama
      *  Terdedah  kepada  bahaya  kimia, gigitan  serangga  dan  haiwan

No comments:

Post a Comment