TEKNOLOGI ELEKTRIK
Wednesday, 6 July 2011
NOTA Pendawaian Permukaan
Pemasangan Elektrik 1 Fasa – Pendawaian Permukaan
Kandungan Unit
1. Aksesori Pendawaian
2. Kabel
3. Litar Akhir
4. Sistem Pendawaian
5. Pengujian Pemasangan
1. Aksesori Pendawaian
1.1 Aksesori Kawalan Pembekal
Aksesori kawalan pembekal adalah termasuk di dalam litar jujukan utama. Ianya bermula dari fius perkhidmatan perangkai neutral dan meter kwj. Aksesori ini adalah hak milik pembekal tenaga elektrik (TNB). Pengguna tidak boleh melakukan sebarang, percubaan, tentukan dan penyambungan luar.
1.2 Aksesori Kawalan Pengguna
Ianya bermula selepas meter KWj dan terus ke aksesori berikut:
Ø Pengasing/pencil -Suis fius atau MCCB/NFB
Ø Pemutus Litar Bocor ke bumi -kendalian arus baki
Ø Kotak Agihan -fius aksesori pemutus litar minature
1.2.1 Litar Pendawaian Jujukan Kawalan Pengguna
Peraturan IEE Litar Kawalan Pengguna
Mengikut keperluan IEE setiap litar kawalan/jujukan pengguna mestilah mengadakan:
- Pengasingan dan Perlindungan arus lebihan dan pengasingan mestilah dipasang pada tempat yang mudah dicapai/dikendalikan.
- Pengasingan mestilah dilakukan dengan memutuskan kedua-dua punca hidup dan neutral.
- Alat perlindungan mestilah berkadaran yang betul dan berfungsi.
1. Kabel
1.1 Kabel
Kabel merupakan bahan utama dalam penyambungan aksesori elektrik. Ia bertindak sebagai perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik. Secara amnya, kabel pendawaian domestik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengalir, penebat dan perlindungan mekanikal.
2.2 Pengalir
Pengalir ialah satu bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Sebahagian besar terdiri daripada logam. Pengalir yang baik dapat mengalirkan arus dengan baik.
Bahan | Sifat-sifat | Kegunaan |
1. Emas | · Harga yang mahal · Tahan hakisan · Merupakan pengalir yang terbaik | · Litar bersepadu (tambatan) · Penyentuh suis |
2. Tembaga | · Pengalir kedua terbaik · Boleh didapati dalam bentuk lembut dan keras · Mempunyai kerintangan yang rendah · Liat dan mudah dilentur, mudah dipateri | · Semua kabel pendawaian dan palang bas belitan motor · Pengalir belitan auto pengubah |
3. Aluminium | · Ringan · Murah | · Talian atas · Kabel bawah tanah |
4. Tungsten | · Mudah mengahailsan kepanasan · Sukar lebur · Tahap lebur yang tinggi | · Filamen lampu atau tiub elektronik |
5. Nikel | · Bersifat keras · Liat · Tidak mudah haus atau lebur | · Elemen pemanas alat-alat elektrik seperti seterika, pemanas air, dapur pemateri dan sebagainya. |
2.3 Penebat
Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Penebat digunakan sebagai pembalut pengalir untuk mencegah arus keluar daripada pengalir itu.
Jenis Penebat | Ciri Fizikal | Kegunaan |
1. Getah asli/Sintetik | · Mempunyai daya tebatan yang baik · Bersifat kalis air, mudah lentur dan dibentuk · Mudah cair apabila terkena cahaya matahari | · Penyalut pengalir · Sesendal · Kasut keselamatan |
2. Polivil Klorida | · Merupakan bahan tiruan campuran antara plastik dan getah · Tahan tindakan kimia dan sinaran cahaya matahari, tidak mudah terbakar dan kalis air | · Penebat kabel di tempat yang suhunya 0 – 700C |
3. Bakelit | · Mempunyai rintangan yang tinggi · Tahan lama | · Digunakan sebagai bahan alat tambah pemasangan elektrik seperti suis, soket alur keluar palam dan sebagainya. |
4. Kertas | · Kalis air | · Penebat pengalir bawah tanah |
2.4 Jenis-jenis Perlindungan Mekanikal
Perlindungan mekanikal adalah cara bagaimana kabel tersebut dilindungi dari kerosakan mekanikal. Ianya boleh diperolehi sama ada melalui sistem pendawaian atau binaan kabel tersebut.
Sistem Pendawaian | Bahan Perlindungan |
Pembuluh PVK | PVK |
Pembuluh Logam | Logam |
Sesalur PVK | PVK |
Sesalur Logam | Logam |
Binaan Kabel | Bahan Perlindungan |
Kabel Perisai (SWA) | Jalur dawai Keluli |
Kabel Lapisan Plumbum | Lapisan plumbum |
Kabel Salutan Kuprum /MICC | Salutan Kuprum |
2.4 Pemilihan dan Pemasangan Kabel
Asasnya satu kabel elektrik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu penebat, pengalir dan perlindungan mekanikal. Selain daripada bahan penebat yang digunakan ciri-ciri seperti pengalir dan perlindungan mekanikal merupakan faktor utama dalam menentukan pemilihan dan pemasangan kabel.
3. Litar Akhir
3.1 Litar Akhir Lampu
Ø Peraturan IEE telah menetapkan bahawa bagi satu litar yang dikawal oleh satu alat pelindung mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Pada amnya satu lampu berkadar 100 Watt setiap satu dengan litar lampu tidak melebihi 10 poin.
Ø Kabel yang digunakan ialah kabel jenis kuprum bersalut PVK.
Ø Saiz minima kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5mm2.
Ø Kadaran alat pelindung yang digunakan mestilah tidak melebihi 6Amp. ( sama ada fius atau MCB )
Ø Pemasangan litar lampu menggunakan lebih dari satu litar akhir kerana sekiranya salah satu litar mengalami kerosakan litar ianya tidak menggangu litar yang lain.
Ø Bagi pemasangan lampu dalam industri biasanya kuasa sesebuah lampu mungkin berbeza, contohnya 300 Watt, 500 Watt atau 1000 Watt, dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius berkadar 15 Amp. dan saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang dari 2.5mm2 .
3.2 LITAR AKHIR KUASA
3.2.1 Litar Soket Alir Keluar ( BS 1363 )
Litar Soket Alir Keluar BS 1363 terdiri daripada dua jenis litar iaitu :
a ) Litar Jejari
b ) Litar Gelang
a) Litar Jejari
Ø Peraturan IEE ke 16 menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung kepada keluasan lantai bilik saiz pengalir dan kadaran perlindungan.
Ø Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan sama ada fius atau MCB.
Ø Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC dan saiz kabel mestilah tidak kurang daripada 2.5mm2.
b) Litar Gelang Jenis A1
Ø Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang pada kawasan yang tidak melebihi 100 meter persegi.
Ø Jumlah bilangan soket yang boleh di pasang pada satu Litar Gelang tidak terhad.
Ø Walau bagaimanapun jumlah arus yang digunakan mestilah tidak melebihi kadaran arus fius yang mengawal litar berkenaan.
Ø Jumlah 'spur' atau sulur bagi satu Litar Gelang tidak melebehi bilangan soket.
Ø Kadaran alat perlindungan arus lebih ialah 30 Amp. / 32 Amp.
Ø Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada 2.5mm2.
Ø Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari punca bekalan ( litar akhir ) ke beberapa poin soket alir keluar dan balik semula ke punca bekalan.
Ø 'Spur' boleh disambung pada :
a ) terminal soket dalam litar
b ) menggunakan kotak sambungan diantara poin soket.
c ) di tempat asal gelang itu.
3.2 Litar akhir Khas
Ø Terdapat juga litar yang dipasang secara berasingan dalam litar akhir lampu dan kuasa disebabkan pengunaan arus yang rendah dan perlu
Ø Pengiraan arus beban beban ini tidak termasuk dalam jadual peraturan Faktor Pelbagaian
Ø Tiga jenis litar yang perlu pengasingan ialah :
i. Litar loceng dan Penggera elektrik
ii. Litar lampu kecemasan
iii Litar soket pencukur
i. Litar Lampu Kecemasan
Ø Litar lampu kecemasan biasanya tidak mempunyai suis kawalan
Ø Bekalan biasa digunakan untok mengecas bateri lampu secara automatik apabila dalam keadaan normal
Ø Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan dilindongi oleh pemutus litar 6Amp
Ø Biasanya di katogerikan kepada jenis Senggara dan Tak senggara
Ø Dalam system senggara lampu kecemasan akan sentiasa dihidupkan melalui pengubah langkah turun dan jika berlaku kegagalan bekalan ianya akan terus menyala melalui bekalan bateri
Ø Dalam system Tak senggara pula lampu kecemasan akan hanya menyala apabila berlaku kegagalan bekalan utama
ii. Litar Pencukur
Ø Satu litar yang di pasang didalam bilik air bagi kemudahan alat pencukur
Ø Menggunakan unit pencukur dwi voltan
Ø Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm dan kadar alat perlindongan ialah 6 amp
4. SISTEM PENDAWAIAN
4.1 SISTEM PENDAWAIAN PEMUKAAN DAN TERSEMBUNYI
Ø Satu sistem pendawaian yang dipasang dipermukaan yang mana kabel pendawaian tersebut diklip terus ke dinding atau siling bangunan.
Ø Menggunakan kabel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK ).
Ø Klip timah digunakan bagi mencengkam kabel-kabel yang disusun pada permukaan dinding atau siling.
Ø Ketika kerja-kerja menyusun kabel-kabel pada permukaan dinding atau siling dilakukan langkah keselamatan mestilah diambil bagi mengelakkan kabel tercedera
Proses Pendawaian Permukaan
- Sistem ini tidak berapa popular lagi digunakan pada masa kini.
- Kabel-kabel pendawaian akan diklipkan terus pada permukaan dinding atau siling.
- Ia disusun mengikut jumlah dan saiz kabel yang hendak dipasang.
- Kerja-kerja pendawaian ini biasanya bermula dari poin-poin akhir dan tamat di kotak agihan.
- Jenis kabel yang digunakan ialah kebel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK )
Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan
Antara pekara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan menjaga standard pendawaian adalah seperti berikut :
- Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang menembusi dinding.
- Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian. jumlah kabel yang banyak boleh mengurangkan cengkaman pencengkam.
- Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebat di antara laluan kabel itu.
- Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.
- Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.
- Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.
Kelebihan dan kekurangan pendawaian permukaanKelebihan* Kemas* Kos murah* Kerosakan mudah di kesan* Penambahan tidak melibatkan keseluruhan pendawaian
Kekurangan:* Terdedah kepada perlindungan mekanikal* Tidak tahan lama* Terdedah kepada bahaya kimia, gigitan serangga dan haiwan
Subscribe to:
Posts (Atom)